Rabu, 07 Oktober 2015

SALMAN AL-FARISI

Minggu, 23 Agustus 2015

BANGSA PARSI YANG DI PUJI ALLAH DAN RASUL TETAPI DI CERCA OLEH UMAT ISLAM






SALMAN AL FARISI
Nama asal beliau Rouzbeh
Seorang dari keturunan Parsi/Iran lahir di kota Kazerun, Fars, Iran.
Seorang dari keterunan kaya raya.
Ayahnya amat menyayangi beliau sehingga menjaga beliau seperti di penjara.
Ringkas cerita dari seorang penyembah api (Majusi).
Beliau berusaha untuk keluar mencari agama dan akhirnya sampai ke Madinah.
Bertemu dengan Rasul saw dan memeluk Islam,
Salaman terkenal dengan peristiwa Perang Khandaq.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Ramai kita suka melakukan pendustaan dan memfitnah Iran.
Namun Rasul saw memuji bangsa Parsi.
Malangnya kejahilan umat Islam sekarang lupa akan pesanan dalam Al Quran siapa bangsa Parsi yang Allah kasih mereka dan mereka kasih pada Allah.

Kejahilan umat Islam lupa bahawa bangsa Parsi adalah bangsa yang di sebut akan menggantikan bangsa Arab sekarang yang berpaling dari agama sebenar kerana tidak menggunakan akal dalam mencari kebenaran sebenar.

Bangsa yang sering di cerca sekarang tetapi tidak takut akan orang cerca mereka. Sekarang ini sudah berlaku realiti apa yang di sebut jelas dalam Al Quran.
Tapi mari kita lihat dalam beberapa hadis mengenai orang orang Parsi yang di puji oleh Rasul saw tetapi di cerca oleh majoriti umat Islam sekarang.


Ketika mana Rasul membaca: “Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu." (Surah Muhammad ayat 38).

Sahabat bertanya,"Siapakah mereka yang akan menggantikan kami?"
Rasul saw menjawab sambil memegang bahu Salman Al Farisi "Dia dan kaumnya. Demi Dia yang nyawaku di tanganNya, jika agama ini tergantung di bintang-bintang, kaum lelaki dari bangsa Parsi pasti akan mengambilnya.” “[Tafsir al-Mizan, v. 18, p. 250].

Dalam suatu kisah lain: 
Abu Hurairah yang berkata, “Kami sedang duduk bersama para sahabat Rasulullah saw ketika Surah Jumuah turun kepada baginda lalu baginda membacakan ayat: ” … Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum datang …”

Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw sebanyak dua atau tiga kali tetapi baginda tidak menjawab. Bersama kami adalah Salman al-Farisi. Rasulullah saw berpaling kepadanya dan meletakkan tangan baginda ke atas paha Salman seraya bersabda, “Sekiranya iman berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya lelaki dari bangsa ini yang akan mencapainya.” (Sahih Muslim, Kitab al-Fada’il as-Sahabah hadis 6178 dan Sahih Bukhari, Kitab Tafsir, Jilid 5, halaman 108).

Dalam suatu kisah yang lain:
Seterusnya Rasulullah (sawa) apabila ditanya tentang ayat ini:
“Hai orang-orang beriman, barangsiapa yang murtad di antara kamu dari pada agamanya, kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka lemah lembut terhadap orang beriman dan keras terhadap orang-orang kafir. Mereka berjuang pada jalan Allah, dan tidak takut akan cerca orang yang mencerca. Demikian itu kurnia Allah, diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya, Allah luas kurnianya lagi maha mengetahui.” (Al Maidah :54)

Baginda bersabda:
Jika agama ini tergantung di bintang-bintang, kaum lelaki dari bangsa Parsi pasti akan mengambilnya.[Majma`a al-Bayan, v. 3 p. 321].



MAQAM SALMAN AL FARISI DI DAERAH KELAHIRANNYA


SELEPAS ANDA MEMBACA TULISAN BLOG INI MAKA TERPULANGLAH PADA ANDA SEKELIAN SAMADA MAU MENERUSKAN CERCAAN DAN FITNAH ATAU SEBALIKNYA PADA BANGSA PARSI YANG DI PUJI RASUL SAW . 

SAMADA ANDA MEMAHAMI DAN BERIMAN ATAU SEBALIKNYA,
PADA SURAH AL MAIDAH YANG MENCERITAKAN, 
PERIHAL BANGSA PARSI YANG MENGGANTIKAN, 
BANGSA ARAB YANG KINI PENUH DENGAN KEJAHILAN.

(Jalan-Itrah/ABNS)



Salam WarahmahPosted via Blogaway

Tidak ada komentar:

Posting Komentar